Mengenai Sistem e-Keluar

Tujuan Sistem e-Keluar

Sistem e-Keluar diwujudkan untuk memudahkan pengurusan kelulusan pejabat bagi urusan rasmi di Kementerian Belia dan Sukan. Melalui sistem ini, setiap permohonan dapat dihantar, diluluskan dan dipantau dengan lebih cepat tanpa bergantung kepada kaedah borang secara manual.

Inisiatif ini memperkukuhkan usaha digitalisasi kerajaan dalam meningkatkan ketelusan dan kecekapan tugasan seharian warga KBS.

Manfaat Utama Sistem

  • Kelulusan keluar pejabat bagi urusan rasmi dengan lebih pantas dan efisien
  • Pengurangan penggunaan kertas
  • Pemantauan masa nyata status permohonan keluar pejabat
  • Peningkatan ketelusan proses permohonan keluar
  • Pengurangan kos operasi
  • Pengalaman pengguna yang lebih baik

Visi Kami

Mempercepatkan proses kelulusan.

Misi Kami

Menjadi platform utama untuk permohonan kelulusan keluar pejabat bagi urusan rasmi.

Komitmen Berterusan

Kami komited untuk memastikan sistem ini dapat beroperasi dari semasa ke semasa, seiring dengan keperluan dan perkembangan teknologi. Sistem ini juga menyokong objektif KBS dalam memastikan semua pegawai dapat bekerja dengan lebih bijak, menjimatkan masa, dan mengurangkan kos operasi.